Connect with us

WOW

Tak Lokek Hasil Tani, Orang Kampung Saling Kongsi Rezeki Saat Wabak Menular

Musibah yang menimpa negara kini sememangnya menguji ketabahan dan kesabaran pemimpin serta rakyat Malaysia. Arahan yang dikeluarkan dan telah dikuat kuasakan pihak kerajaan mempunyai tujuannya yang tersendiri walaupunmasih terdapat segelintir masyarakat yang sukar menerima perintah tersebut.

Walau apapun, orang ramai sering dinasihatkan untuk mendengar saranan pihak berkuasa demi keselamatan umum dan mengembalikan kesejahteraan negara seperti sedia kala.

Wabak pandemik COVID-19 yang menular negara sudah tentunya memberikan yang besar terhadap rakyat terutamanya para peniaga dan juga para pekerja dalam pelbagai sektor. Oleh itu, orang ramai diseru untuk sentiasa tolong menolong antara satu lain terutamanya yang hidup dalam bermasyarakat.

Di Sabah pula, agak mengharukan apabila masyarakat di sebuah kampung di Penampang Sabah dilihat berkongsi rezeki mereka kepada penduduk setempat.

Malah, sayur-sayuran serta buah-buahan diletakkan dengan kemas dan rapi bagi memudahkan orang membawa pulang makanan tersebut dengan elok.

Perkara ini seharusnya dipraktikkan oleh orang ramai dan saling berkongsi rezeki terutamnya di waktu-waktu genting seperti sekarang ini.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending