Connect with us

WOW

Tak Lepas Tangan, UniMAP Laksana Tanggungjawab Hantar Pelajar Pulang

Para mahasiswa dan mahasiswi antara golongan yang terpalit dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dua hari lalu. Mereka dikatakan dipaksa untuk mengosongkan kolej kediaman serta merta dan diminta untuk pulang ke rumah ataupun kampung halaman masing-masing.

Ekoran itu juga, di media sosial tersebar beberapa keping gambar di Terminal Bersepadu Selatan dan juga lebuh raya yang penuh serta sesak dengan rakyat Malaysia, yang dikatakan pulang ke kampung halaman masing-masing. Perkara ini sudah semestinya dilihat sangat membimbangkan terutamanya situasi di TBS yang memungkinkan wabak Covid-19 boleh tersebar d isitu kerana berlakunya mass gathering.

UniMAP sewa 30 buah bas khusus!

Namun, lain pula tindakan yang dilakukan oleh pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), yang lebih memikirkan kearah keselamatan mahasiswa dan mahasiswi mereka.

Pihak UniMAP telah menyewa sebanyak 30 buah bas untuk menghantar pelajar mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mampu kurangkan risiko jangkitan Covid-19

Sediakan 2 trip perjalanan, pemeriksaan kesihatan turut dijalankan!

Penginapan utk pelajar tidak pulang turut disediakan

Selain itu, penginapan untuk pelajar tidak pulang juga turut disediakan dan kemudahan seperti kedai runcit serta kafeteria turut beroperasi seperti biasa.

Sewajarnya, tindakan rasional seperti ini harus dilaksanakan oleh kebanyakan IPTA dan IPTS yang lain. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak UniMAP diatas tindakan rasional yang dilakukan.

Sumber:UniMAP.

Continue Reading
Advertisement

Trending