Connect with us

Infozon

Tak Lama Lagi Akan Dibuka! Malaysia Kini Ada Petrol Pam Baru Berjenama ‘FIVE’

Dalam suasana kelam yang dirasai rakyat Malaysia, ada sedikit cahaya yang menyinari negara ini. Kali ini, bukan berita yang buruk kita dapat namun ada sedikit berita gembira untuk menenangkan hati rakyat.

Five Petroleum Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan jenama petrol yang baru iaitu FIVE. Ia bertujuan untuk mengubah industri petrol tempatan dengan menampilkan sebuah aplikasi yang menawarkan pembayaran tanpa tunai.

Lebih menarik lagi, syarikat petrol berlesen ini menawarkan persediaan stesen yang lebih mudah dan kecil untuk usahawan baru. Ini bermakna cabaran kemasukan lebih rendah berbanding jenama lain.

Sudah tentu lebih banyak stesen yang akan dibuka di kawasan terpencil supaya bekalan minyak lebih mudah untuk diperolehi. Menurut FIVE, perkara ini boleh meningkatkan ekonomi dengan menyediakan peluang untuk usahawan baru di pasaran.

“FIVE ialah sebuah syarikat tenaga bersatu yang bertujuan untuk memenuhi permintaan bahan api di Malaysia yang semakin meningkat dari segi ekonomi, alam sekitar dan sosial.

“Kami juga ingin membantu Malaysia mencapai kejayaan seterusnya dalam pembangunan,” kata pengerusi FIVE, Dato’ Haji Juhari Bin Abdul Ghani.

Untuk memastikan bahan api itu memenuhi tahap kualiti, FIVE akan mendapatkan bekalan daripada Petronas dan juga menggunakan teknologi digital termasuk sebuah aplikasi baru yang mungkin agak sama dengan Setel.

Stesen petrol pam yang pertama terletak di Kalumpang, Selangor dimana ia berdekatan dengan Tanjung Malim, Perak dan dijangka akan beroperasi dalam masa terdekat.

Sumber: malaymail

Continue Reading
Advertisement

Trending