Connect with us

WOW

Tak Kisah Nak Bayar Berapa! Homestay Tawar Rumah Bagi Pelajar Yang Tak Balik Kampung

Arahan mengosongkan kampus membuatkan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta tidak sempat melakukan sebarang persiapan bagi mencari kediaman lain untuk sementara waktu.

Berikutan perkara tersebut, sebuah homestay yang terletak di i-City Shah Alam menawarkan kediaman untuk mereka khususnya penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menghadapi kesulitan bagi pulang ke kampung halaman.

Nah. Pada korang yang tak tahu. Ni lah namanya INFINITY POOL. Sebab boleh dapat view terus. Ni admin sendiri tau amek gambar. Best giler woo. Jom wasap admin -> https://YuukiHomestay.wasap.my

Posted by Yuuki Homestay at i-City Shah Alam on Monday, August 26, 2019

Menerusi laman Facebook, Yuuki Homestay at i-City Shah Alam berkongsi maklumat lanjut sekiranya penuntut ingin mendiami sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu bermula hari ini hingga 30 Mac nanti.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Yuuki Homestay telah mempunyai 4 unit. Jom lah try duduk di Yuuki Homestay…

Posted by Yuuki Homestay at i-City Shah Alam on Monday, August 12, 2019

Menariknya, pemilik homestay apartment iaitu Afiq Ikhwan tidak menetapkan sebarang harga sewaan sebaliknya mengikut kemampuan yang ingin dibayar penuntut kerana memahami situasi dialami ketika ini.

Nak bayar berapa pun boleh! Asalkan korang ada tempat tinggal

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan menetapkan beberapa syarat sekiranya ingin tinggal di homestay tersebut selain melakukan saringan sebelum ‘check in’.

Empat syarat wajib :

Memang terbaik pemilik homestay ni! Tak kisah sangat pasal duit, asalkan dapat membantu para pelajar tinggal dengan selamat. Moga dimurahkan rezeki dan terus maju!

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending