Connect with us

Inspirasi

Tak Kenal Erti Penat, Sukarelawan Sanggup Bantu Gelandangan Sampai Pagi

Dalam kekalutan yang melanda di setiap negara disebabkan wabak Covid-19, jangan lupa pada yang memerlukan. Syukur apabila melihat ramai ‘turun padang’ membantu individu yang memerlukan.

Menerusi laman Facebook milik Gilbert Goh, dia berkongsi gambar dan cerita mengenai sukarelawan yang sanggup berjaga pada waktu malam untuk membantu gelandangan.

Sekumpulan lima sukarelawan itu menghantar selimut, beg tidur, barang peribadi, topeng muka dan beberapa makanan untuk 17 gelandangan di Singapura pada hujung minggu lalu.

Aktiviti ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh sukarelawan tersebut. Mereka telah berjumpa dengan beberapa muka yang dikenali ketika sedang mengagihkan bekalan itu.

Selain mengagihkan bekalan, mereka juga beramah mesra dengan penerima. Semasa sedang berbual, gelandangan menceritakan dugaan yang mereka hadapi.

“Ramai gelandangan yang mengharapkan bekalan yang diberi namun mereka juga manusia biasa yang memerlukan orang lain untuk mendengar kisah yang telah mereka hadapi sepanjang hidup mereka,” kata salah seorang sukarelawan.

Sumber: mustsharenews

Continue Reading
Advertisement

Trending