Connect with us

WTF

Tak Hirau Virus Corona, Sulawesi Tetap Gemarkan Hidangan Kari Kelawar

Seafood Market yang terletak di pekan Wuhan yang terletak di negara itu. Pasar itu dasarnya, himpunan peniaga di pasar itu menjual pelbagai jenis binatang eksotik yanh dijadikan hidangan untuk sebahagian penduduk di sana.

Sudah dikenal pasti bahawa, bawak coronavirus ini terhasil daripada tabiat pemakanan rakyat China yang boeh dianggap sebagai menjijikkan. Kelawar dan ular dikatakan penyebab utama wabak coronavirus ini menular sehingga kini dan menyebabkan ramai yang terkorban.

Hasil maklumat dari laman sosial, dikatakan negara Indonesia juga mempunyai pasar yang persis seperti Seafood Market di Wuhan. Barang basah yang dijual juga dikatakan hampir 100% sama.

Diantaranya adalah kelawar, tikus, anjing serta ular antara barang basah yang dijual oleh salah sebuah pasar basah di Indonesia. Walaupun penularan wabak coronvirus ini, peniaga di sana dikatakan masih meneruskan penjualan makanan eksotik ini kerana masih lagi mendapat pemintaan dari orang ramai.

Antara haiwan yang menjadi kegemaran rakyat Minahasa, Sulawesi Indonesia adalah daging kelawar. Dilaporkan daging kelawar ini merupakan makanan tradisional kaum itu dan sering dijadikan sebagai hidangan kari ataupun disebut sebagai Paniki.

Mereka mendakwa, kelawar adalah salah satu haiwan yang mempunyai sumber protien yang asli. Malah ada peniaga di sana yang memberikan tips dan mengatakan bahawa, kelawar itu perlu dimasak dengan cara yang betul agar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada si pemakan.

Sungguhpun begitu, di Indonesia masih lagi belum mencatatkan mangsa kes coronavirus ini. Tetapi diingatkan juga, lebih baik mencegah daripada terlambat. Diharapkan ramai lagi yang sedar bahawa tiada untungnya memakan haiwan-haiwan eksotik ini.

Sumber: Daily Mail.

Continue Reading
Advertisement

Trending