Inspirasi
Tak Hirau Rumah Bergegar Gempa Bumi Jepun, Pemuda Khusyuk Teruskan Solat

Solat fardu lima waktu sehari semalam ialah ibadat yang paling asas dalam Islam. Di akhirat kelak, amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna, maka barulah ditanyakan amalan-amalan yang lain.
Baru-baru ini, seorang pemuda Indonesia yang tinggal di Jepun menjadi bualan hangat warganet apabila video dirinya sedang khusyuk solat meskipun tempatnya dilanda gempa bumi, ditularkan di serata laman sosial.
Video berkenaan dipercayai dimuat naik oleh rakan serumahnya menerusi akaun Twitter @Dikurn sebelum dilaporkan oleh media Indonesia, suara.com.
Tetap teruskan solat
Japan gempa, bangunan anti gempa. Rasanya kaya maen wahana digoyang". pic.twitter.com/q36Cri2Q3w
— 雲 (@Dikurn) February 13, 2021
“Jepun gempa, bangunan anti-gempa. Rasanya seperti main ‘roller-coaster’ bergoyang-goyang,” tulis @Dikurn di ruangan kapsyen.
Menerusi video tebabit, rakannya yang merakam video sempat beristighfar saat menyedari tempatnya dilanda gempa bumi. Pada awalnya, mungkin dia hanya ingin berkongsi bagaimana situasi gempa bumi di Jepun, namun dia terakam video pemuda itu sekali.
Walaupun rumah didiami mereka dilihat bergegar akibat gempa bumi pada Sabtu lalu, pemuda yang mengenakan ‘t-shirt’ berwarna hitam serta sehelai kain pelikat itu tetap mendirikan solat sehingga selesai, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Subhanallah, khusuknya solat
Hingga hari ini, video berkenaan telah meraih lebih 214,000 tontonan dan dibanjiri dengan komen-komen positif daripada warganet yang mengagumi perbuatan pemuda tersebut.
Malah, ada juga netizen berceloteh menyatakan kalau dia yang berada di tempat pemuda tersebut, pastinya dia sudah ‘auto-kabur’.
Respek! Semoga sihat dan selamat semua
Tenangnya, semoga dilindungi Allah
Terdahulu menurut laporan media, satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.1 menggegar pantai timur Jepun pada malam Sabtu, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Allahuakbar, semoga kisah pemuda itu menjadi inspirasi buat kita semua ya!
Sumber: suara.com , Twitter @Dikurn

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit