Connect with us

Inspirasi

Tak Gila Pinggan ‘Viral’, Wawa Zainal Guna Pinggan ‘Free’ Ubat Gigi Dah Cukup Bahagia

Kebanyakan wanita sudah tentu memiliki koleksi peribadi pinggan mangkuk serta periuk belanga mereka sendiri, kan? Tidak kisahlah pelbagai jenama ataupun corak, jika pinggan tersebut tular dan menarik hati pastinya akan dibeli.

Namun, tidak semua individu mampu dan berminat untuk mengikut jejak langkah para wanita-wanita ini untuk memiliki koleksi pinggan mangkuk mereka yang tersendiri.

“Kita takde pinggan mahal-mahal…”

Lain pula dengan pelakon jelita, Wawa Zainal meluahkan rasa lebih senang dan selesa walaupun hanya menggunakan pinggan mangkuk percuma yang didapati menerusi pembeli ubat gigi.

Tamabahnya lagi, pinggan berkenaan merupakan bukti serta kenangan sewaktu dia dan suaminya Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga.

https://www.instagram.com/p/CA-TMbsHsUf/

Ramai berikan pujian kepada Wawa Zainal!

Keperibadiannya yang bersederhana membuatkan rata-rata pengikut Wawa Zainal memuji sikapnya itu. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka juga masih menggunkan pinggan tersebut dan kualitinya lebih baik berbanding pinggan-pinggan yang viral sebelum ini.

Kita nak makan makanan, bukannya pinggan!

Pinggan yang macam ni lagi syok!

Piring legend tu, siapa je yang takde…

**Pinggan percuma ni juga pastinya menjadi kesayangan si emak-emak, kan?

Sumber: Instagram.

Continue Reading
Advertisement

Trending