Connect with us

WTF

Tak Dibenarkan Pakai Topeng Muka, Jururawat Terpaksa Berhenti Kerja

Jangkitan wabak Covid-19 kini telah mencecah satu juta kes dengan jumlah kematian puluhan ribu orang di seluruh dunia. Peningkatan kes ini sangat membimbangkan.

Negara paling banyak menyumbang kepada kenaikan kes jangkitan adalah Amerika Syarikat dengan kes sebanyak 245,373 dan kematian mencecah 6,095 orang.

Gambar sekadar hiasan

Disebabkan peralatan perlindungan diri (PPE) semakin berkurangan, petugas perubatan berada dalam keadaan berisiko ketika merawat pesakit yang positif.

Seorang jururawat dari Chicago telah berkongsi sebuah video berdurasi 57 saat menceritakan dimana dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tidak dibenarkan memakai topeng muka di hospital.

https://www.instagram.com/p/B-YMwXChtt-/?utm_source=ig_embed

Imaris menyatakan kepada pengurus bahawa dia mempunyai topeng muka sendiri dan ingin memakainya namun ditolak walaupun pengurus itu berkata bahawa keselamatan diri perlu diutamakan.

“Saya beritahu pengurus bahawa saya ada topeng muka N95 milik saya sendiri. Saya faham kami kekurangan bekalan tapi biarkan saya lindung diri. Saya ada keluarga yang menanti di rumah.

“Melihat keadaan sekarang, perkara ini tidak akan menjadi lebih baik. Negara ini tidak bersedia dan jururawat amat berisiko ketika bekerja,” ujarnya dalam video berkenaan.

Imaris telah membuat keputusan tersebut setelah membuat laporan dan kini sedang mencari pekerjaan dengan meminta bantuan di media sosial.

Sumber: Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending