Connect with us

Cute

“Tak Akan Tinggalkan Seekor Pun…” – Lelaki Ini Tekad Selamatkan Semua Kucing Mangsa Perang

Di negara bergolak seperti Palestin dan Syria, bukan hanya manusia sahaja yang menjadi korban, malam haiwan seperti anjing dan kucing juga tidak terlepas menjadi mangsa perang.

Di Aleppo, sebuah kota di Syria yang paling teruk terjejas perang, terdapat seorang lelaki bernama Mohammad Alaa Jaleel, bertugas sebagai pemandu ambulans boleh dianggap sebagai wira kucing. 

Tiada makanan dan cedera

Ini kerana, selepas berlakunya serangan banyak kucing-kucing yang terkorban dan tercedera, ditambah pula dengan ketiadaan bekalan makanan. Maka, Mohammad telah mengutip haiwan tersebut dan tempatkan di pusat perlindungan.

Mesra dipanggil Alaa, dia berjaya membangun kembali Il Gattaro D’Aleppo, tempat penampungan kucing  di Syria, setelah tempat sebelumnya hancur dibom.

Kucing takut dengar bunyi bom 

Meskipun masih lagi kedengaran bunyi dentuman bom di kawasan tersebut, Alaa berkata sebagian besar kucing masih terlihat ketakutan.

Alaa, berharap agar kesemua kucing itu tetap aman di tempat mereka sekarang. Tapi jika terjadi suatu hal yang membuat mereka harus pindah, Alaa tidak akan meninggalkan satu kucing pun.

Sumber : Kumparan

Continue Reading
Advertisement

Trending