WTF
“Tahu selepas habis berlari!” -Sebab Pakai Tudung, Nama Digugurkan Dari Acara Marathon

Baru-baru ini, kecoh dilaman sosial mengenai kemenangan seorang lelaki yang dikhabarkan seorang transgander, menjuari pertandingan berbasikal kategori wanita. Terdapat pelbagai pertikaian terhadap isu ini yang hebat dibincangkan dalam media sosial.
Semalam, timbul pula isu baru mengenai seorang gadis yang berusia 16 tahum, namanya telah digugurkan dari menyertai acara marathon. Noor Alexandria Abukaram berusia 16 tahun, merupakan atlet dan juga wakil sekolahnya bagi acara berkenaan.
Tular di seluruh dunia dan laman sosial!
Nasib dan kisahnya ini ternyata mendapat perhatian menyeluruh dari pelusuk dunia. Seorang lelaki telah memuat naik gambar Noor Alexandria di laman Twitter dan menentang tindakan yang dilakukan oleh penganjur acara marathon itu.
This is shameful pic.twitter.com/ubLPb1Capk
— samuel Edward (@SamEdwardx) October 23, 2019
Tak tahu nama digugurkan!
Jelasnya lagi, dia hanya mengetahui perkara berkenaan setelah dia menamatkan lariannya. Dia sedar namanya tiada dalam senarai rekod masa larian dipapan kenyataan seperti peserta-peserta yang lain.
Minta izin sebelum berhijab…
Paling menyakitkan hati, apabila penganjur mengeluarkan kenytaan bahawa, peserta yang memakai tudung sepatutnya menghantar borang kebenaran untuk berhijab sebelum menyertai apa-apa pertandingan.
Disebabkan Noor Alexandria tidak berbuat demikian, penyertaannya telah dianggap batal dan gugur dengan serta merta. Setelah dikaji dan perundingan semula, gadis ini disahkan telah layak ke peringkat seterusnya kerana mencatat masa yang melepasi syarat rekod kelayakan.
Tahniah diucapkan kepada Noor Alexandria kerana rezeki telah menyebelahinya. Diharapkan dia akan dapat menjadi juara bagi pertandingan akhir acara marathon terbabit.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit