Infozon
Tahukah Anda Doa Seorang Ibu Sangat Mustajab Sampai Menembus Langit Ketujuh?

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang terkenal di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya dan ternyata kesan daripada tulisannya itu telah mengubah hidup ramai orang.
Antara tulisannya berbunyi, “Aku bersumpah demi Allah SWT, wahai setiap ibu agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahawa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya dan aku bersumpah demi Allah SWT agar engkau tidak menghijab atau menghalangi redhaNya kepada anak-anakmu…”
Sambungnya lagi, “Dan aku meminta kepadamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahawa engkau redha ke atas mereka.”
اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (…..) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم
Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah ‘an ibnii/ibnatii…. (sebut nama anak-anakmu satu persatu)… tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim bi ridhaa-ii ‘anhum.
Maksudnya:
“Ya Allah, aku bersaksi kepadaMu bahawa aku redha kepada anak-anakku (sebutkan nama setiap anak) dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.”

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit