Connect with us

WTF

Dakwa Berkelah Di Titiwangsa, Sekeluarga Di Kerumuni Anggota Polis?

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu ini, segelintir rakyat Malaysia dilihat masih degil dan tidak endah dengan penularan wabak Covid-19 yang berlaku ketika ini.

Lebih mengecewakan, masih lagi ada peniaga membenarkan pelanggan mereka makan di kedai, walhal arahan yang dikeluarkan adalah makanan seharusnya dibungkus dan dibawa pulang ke rumah. Tidak cukup dengan itu, peniaga-peniaga dipasar-pasar pagi juga dilihat membuka payung dan orang ramai dilihat berkerumun tanpa rasa gerun!

Kenapa sampai macam ni?

Di Twitter, tersebar beberapa keping gambar satu keluarga yang dikatakan sedang berkelah berdekatan dengan Titiwangsa. Keempat-empat inidividu tersebut dikatakan sedang berkelah makan di tepi jalan.

Anggota polis beri maklum balas

“Ingat ni public holiday ke?!”

Sudah pastinya, perkara tersebar ini menimbulkan kemarahan orang ramai di media sosial.

“Dimana-mana adalah rumah, siap berkelah…”

“Bosan duduk kat rumah kot?”

Bagus, teruskan tindakan yang macam ni!!

“Mungkin travel jauh, berhenti makan…”

Orang ramai ketika ini diharapkan untuk sentiasa duduk di dalam rumah dan tidak pergi kemana-mana kerana kemungkinan akan memburukkan lagi keadaan.

#stayathomemalaysian!

Sumber: Twitter.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending