Connect with us

Infozon

Syarikat Majalah Tamat Operasi, 183 Kakitangan Hilang Pekerjaan?

Syarikat penerbitan majalah iaitu Blu Inc Media menamatkan operasinya bermula hari ini kerana cabaran yang dilalui akibat pandemik wabak Covid-19.

Menerusi laporan The Star, Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Azliza Tajuddin berkata perniagaan itu telah berdepan cabaran besar daripada ‘gangguan’ digital sepanjang beberapa tahun lalu.

“Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membendung Covid-19, kerugian bertambah bagi Mac dan April dan situasi ini dijangka berterusan untuk beberapa bulan akan datang,” katanya.

Memetik laporan Malaysiakini, menurut sumber seramai 183 kakitangan dijangka hilang pekerjaan berikutan penamatan operasinya yang melibatkan penerbitan bercetak dan digital.

Tambah sumber itu lagi, dia seakan-akan sudah menjangka perkara tersebut akan berlaku apabila pentadbiran menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) pada Februari lalu.

“Sejumlah 43 orang diluluskan, tetapi pada 17 mac, ketua jabatan diberitahu skim itu dibatalkan, walaupun jika ada kakitangan yang telah menerima surat terma VSS,” kata sumber berkenaan.

Terdahulu menerusi laman webnya, syarikat tersebut menerbitkan pelbagai majalah antaranya seperti Cleo, Cosmopolitan, EH!, Glam Lelaki, Jelita dan Malaysian Women’s.

Sumber : The Star , Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement

Trending