Inspirasi
Susur Hutan Jaga Sempadan, Juadah Dalam Tin Jadi Menu Berbuka PGA

Dalam kita berasa tenang dapat menikmati juadah berbuka puasa yang sempurna dan lazat bersama ahli keluarga, ada sebahagian besar pejuang barisan hadapan yang menikmati makanan dalam tin sahaja demi mengalas perut.
Menerusi laman Facebook RedParrot, nukilan khas yang menceritakan pengorbanan Skuad Border Patrol Polis Hutan di sempadan Malaysia-Indonesia berbuka puasa pastinya membuatkan ramai terharu diatas pengorbanan mereka.
Susur sempadan demi tugas
Frontliner yang tidak terlihat dikhalayak ramai berikutan menyusuri hutan mengawal sempadan ini telah menemui beberapa kejayaan apabila berjaya menejejaki jalan-jalan tikus yang sering digunakan pendatang asing tanpa izin.
Bakti mereka ini adalah untuk mengekang penularan Covid-19 yang mungkin sahaja dibawa oleh golongan PATI.
Berkawal di sempadan
Gambar-gambar yang disertakan merupakan lokasi Skuad Border Patrol berkawal iaitu di Biawak, Lundu Malaysia/Indonesia iaitu antara lokasi panas pendatang asing tanpa izin menyelinap ke Malaysia.
Terima kasih frontliner
Susulan daripada itu, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa terharu diatas pengorbanan mereka dalam mempertahankan negara ketika Covid-19 melanda.
Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pejuang barisan hadapan ini kerana walaupun tidak terlihat di khalayak umum, namun bakti yang ditunjukkan cukup besar buat negara.
Terbaik barisan hadapan kami
Semoga kalian terus dilindungi
Sumber : RedParrot

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit