Connect with us

Inspirasi

Suruh Kereta Ketepi, Bagi Laluan Pada Ambulans Lelaki Kurang Waras Dipuji

Siapa sangka, orang yang kurang waras kadang kala dapat bertindak dan membuat keputusan lebih baik daripada manusia yang lebih sihat dan normal darinya.

Semalam tular di Twitter, satu rakaman video gelagat seorang lelaki, dilihat sedang mengawal lalu lintas dan menyuruh kereta-kereta diatas jalan berkenaan memberi laluan kepada ambulans.

“Jadi yang waras siapa, yang gila siapa?”

Mungkin situasi ini agak biasa, namun dikatakan sebenarnya lelaki berkenaan sebenarnya orang yang kurang waras dan semenangnya dikenali oleh warga penduduk setempat.

https://twitter.com/giewahyudi/status/1194527492570148864

Suruh kereta ke tepi, bagi laluan kepada ambulans

Tindakanya sangat mengharukan apabila dia dilihat berlari diatas jalan raya, sambil menunjukan isyarat kepada kereta-kereta berkenaan untuk memberi laluan kepada ambulans terlebih dahulu.

Tidak berbaju, hanya berkaki ayam

Walaupun tanpa memakai baju dan hanya berkaki ayam, lelaki kurang siuman berkenaan dilihat sangat gigih untuk membantu ambulans kecemasan tersebut dengan membuka laluan atas jalan raya.

 

“Yang sakit otaknya, bukan hatinya…”

Kejadian ini dipercayai berlaku sebuah derah di sekitar Indonesia, secara terus mendapat perhatian ramai. Rata-ratanya, sangat kagum dan memuji tindakannya walaupun dia hanyalah insan yang kurang waras.

Hati dia lebih tulus dari orang normal

Dia cuma gila, bukan bodoh!

Terima kasih, mugkin dah selamatkan 1 nyawa…

Jelas dapat dilihat bahawa, tidak semestinya orang kurang siuman tak boleh berfikir dan bertindak seperti orang normal. Kadang kala, perlakuan mereka lebih murni dan daripada manusia biasa yang sihat akal fikiran.

Sumber: Gie Wahyudi.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending