Connect with us

WTF

Supaya Jadi ‘Jantan’! Budak Lelaki Menangis2 Mak Humban Alatan Mengait

Seperti yang boleh dilihat, sudah banyak pekerjaan yang sinonim dengan para wanita sudah didominasi oleh kaum lelaki. Antaranya adalah memasak, menjahit, florist dan juga jurusolek antara bidang yang turut menarik minat kaum lelaki untuk mempelajarinya.

Namun, tidak semua orang mampu menerima bahawa bidang-bidang ini juga mampu menjadi satu pekerjaan buat insan diluar sana walaupun berlain jantina. Stereotaip ini dilihat masih lagi dibelenggu oleh genarasi lama ataupun mereka yang masih tidak menerima arus pemodenan.

Kerja perempuan, barang mengait semua dibuang emak!

Seorang gadis berkongsikan dilaman Twitter, mengenai kisah anak saudaranya yang menangis gara-gara hobi kegemaran ditentang keras oleh ibunya sendiri. Anak saudara gadis ini gemar menjadikan seni mengait sebagai hobi dimasa lapangnya.

Hobi tersebut ditentang gara-gara, anak saudaranya itu merupakan seorang lelaki dan hobi tersebut tidak sewajarnya dipraktikkan kerana ia merupakan pekerjaan seorang wanita.

Di hanya tak suka permainan melibatkan olahraga

Mengait pun dengan begitu tekan sekali!

kena marah dengan mak sebab tak macam budak lelaki lain

Padahal, dia ada bakat yang sangat luar biasa…

Melihat isi hati makcik kepada budak lelaki tersebut, ramai yang dilihat tidak putus-putus meninggalkan kata-kata semangat buat budak lelaki berkenaan untuk tetap meneruskan hobinya itu.

Ramai juga lelaki Indonesia dilihat berkongsikan hasil seni dan hobi yang sama seperti budak lelaki berkenaan.

 

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending