Connect with us

Infozon

Sumber Air Di Selangor Terjejas Teruk Angkara Disabotaj Dengan Sisa Toksik?

Minggu ini dilaporkan, hampir lebih 1.5 juta penduduk di Selangor, terjejas bekalan air berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih tergendala sementara. Sementara menunggu bekalan air pulih sepenuhnya, lori-lori tangki air akan terus digerakan ke kawasan yang terjejas teruk ketika itu.

Namun, terdapat desas desus dan juga dakwaan yang mengatakan, punca utama gangguan bekalan air itu disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab oleh sesetingah pihak, yang mencemari sungai dengan sisa toksik hingga menyebabkan pencemaran bau pada air tersebut.

“Ada pihak durjana sabotaj sumber air…”

Perkara ini juga, tulur tular di laman sosial dan serta merta telah menaikan kemarahan netizen. Beberapa keping gambar juga, telah turut dimuat naik oleh kebanyakan pengguna media sosial sebagai bukti.

Kesahihan berita ini juga telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanja Perkhidmatan Air, Charles Santiago di sebuah sidang media yang membahaskan mengenai isu pencemaran bekalan air di LRA Sungai Semenyih.

Sejumlah besar sisa toksik dibuang!

Siasatan oleh IWK dan juga Jabatan Alam Sekitar mendapati, sebanyak 50 meter padu sisa haram telah dikenal pasti dan dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk minyak hitam, bahan lemak makanan dan sisa industri.

Semua lurang bakal ditutup…

Gangguan bekalan air tersebut dikatakan telah pulih secara berperingkat. Malah, perkara ini juga bukan pertama kali berlaku, namun sesetengah pihak masih lagi tidak mengendahkan kesan dan akibat bakal terjadi disebabkan perlakuan ini.

Kejadian gangguan bekalan air ini sudah semestinya mengganggu banyak pihak dan menyusahkan penduduk setempat untuk menjalankan rutin harian mereka.

Sumber: Berita Harian, Hilmi.

Continue Reading
Advertisement

Trending