Connect with us

Inspirasi

Sultan Brunei Pelopor Penggunaan ‘Vaksin Ketuhanan’ Untuk Lawan Covid-19

Sebut sahaja mengenai negara jiran Brunei Darussalam, pasti teringat akan kejayaan pemerintah dan rakyatnya yang sudah lebih setahun bebas daripada kes jangkitan tempatan Covid-19.

Terbaru, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) Brunei menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan’ atau ‘The King Of Brunei Pioneer In The Use Of Divine Vaccine’, semalam.

Menurut laporan media Brunei iaitu Media Permata, buku ditulis dalam dua versi bahasa itu dihasilkan daripada Khutbah Khas Aidilfitri 2021 yang disampaikan oleh Mufti Brunei, Datuk Paduka Dr Awang Abdul Aziz Juned.

Ia disesuaikan sehingga menjadi sebuah buku yang diyakini amat berguna untuk pengetahuan serta maklumat orang ramai khususnya rakyat dan penduduk negara tersebut.

“Buku ini telah mengungkap bagaimana Brunei menghadapi dan menanggani COVID-19, dan ‘cara’ menghadapi serta menanggani itu pula ditentukan oleh bagaimana perkenan dan mahunya raja kita…
“…iaitu disamping sama-sama mengikut dan mematuhi protokol antarabangsa, Brunei juga dikehendaki supaya tidak boleh tidak mesti memperisai dirinya dengan Vaksin Ketuhanan,” katanya ketika majlis pelancaran buku yang mempunyai 76 muka surat itu.

Malah, buku itu juga dimuatkan beberapa petikan titah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkaitan dengan Vaksin Ketuhanan yang baginda pelopori penggunaannya.

Ucapan penuh Mufti Brunei:

“Apa itu Vaksin Ketuhanan?  Ia adalah zikir, doa, al-Qur’an dan sedekah. Inilah perisai khusus yang dipegang dan digunakan oleh Brunei, dengan mahunya raja kita sendiri selaku pelopor penggunaan Vaksin Ketuhanan tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, ucapan Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu majlis rasmi tular di media sosial termasuk saluran YouTube yang bertitah mengenai amalan membaca al-Quran sebagai perisai dalam melawan wabak penyakit.

Tidak lupa juga pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti negara lain, dimana rakyatnya amat patuh pada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Apa jua jenis virus yang membentuk wabak, tidak akan mampu untuk melangkahi ayat-ayat suci al-Quran”

Sumber: Media Permata , portal JMK , YouTube SA TV Official

Continue Reading
Advertisement

Trending