Connect with us

Inspirasi

Sukarelawan Bantu Cuci & Sediakan Wad Untuk Pesakit Covid-19 Di Hospital Sungai Buloh

Seperti diketahui umum, Hospital Sungai Buloh (HSB) merupakan salah satu hospital utama di Malaysia yang sedang merawat pesakit Covid-19 dan kakitangan di sana memerlukan bantuan sebanyak mungkin.

Yayasan Tzu Chi Malaysia, satu organisasi telah mengumpulkan 60 sukarelawan untuk membantu membersihkan dan mempersiapkan Pusat Kawasan Kusta Negara (PKKN) di Sungai Buloh.

Di pusat tersebut, 11 bilik kosong dijadikan sebagai wad untuk pesakit Covid-19 akan datang oleh sukarelawan yang dibahagikan kepada lima kumpulan dalam masa beberapa jam.

Menurut ketua Komunikasi dan Multimedia Tzu Chi, Chon Chuan Yit berkata, semua sukarelawan harus mengikut panduan dalam membersihkan wad tersebut serta berada dalam keadaan sihat tanpa penyakit kronik.

Walaupun terpaksa mengikuti panduan itu namun Tzu Chi sangat gembira kerana dapat membantu pasukan barisan hadapan dalam berkhidmat untuk negara.

“Saya sangat tersentuh apabila melihat pasukan perubatan bekerja keras untuk menyelamatkan banyak nyawa. Saya bersyukur mendapat peluang untuk menyumbang segala yang kami mampu,” kata salah seorang sukarelawan, Tan Yen Ann.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur turut meluahkan penghargaan dengan berterima kasih kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh NGO tersebut.

“Pekerja saya faham bahawa bukan sahaja mendapat sokongan pihak hospital dan kementerian kesihatan tetapi daripada komuniti juga dimana NGO datang untuk membantu melawan wabak Covid-19 ini,” ujarnya.

Yayasan Tzu Chi merupakan organisasi agama Buddha dari Taiwan yang tidak mengambil keuntungan telah menyumbang bantuan bagi membantu pasukan perubatan dalam melawan Covid-19.

Ini termasuk dalam membekalkan peralatan perubatan kepada Hospital Tawau dan menghasilkan penutup muka DIY untuk kakitangan HSB.

20200321 Sungai Buloh Ward Cleaning

Sungai Buloh Ward CleaningAs the COVID-19 pandemic continues to spread in Malaysia, the Sungai Buloh Hospital is in urgent need of getting additional wards ready. To help the hospital cope with the demand, Tzu Chi KL & Selangor mobilized 60 volunteers and completed the cleaning up of 11 wards in one morning.

Posted by Tzu Chi Foundation Malaysia on Saturday, March 21, 2020

Sumber: Malay mail

Continue Reading
Advertisement

Trending