Connect with us

Inspirasi

Suka Senyum & Masak Selambak, ‘Chef’ Burak Tolong Golongan Susah Jadi Pujian

Sekarang ini sudah menjadi satu trend di media sosial, untuk membuat content ataupun video mengenai masakan ataupun makanan. Bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dengan semua orang, trend ini juga telah menaikkan beberapa individu sehingga terkenal di seluruh dunia.

Chef Burak Ozdemir ialah antara salah satu chef yang terkenal dikalangan pengguna media sosial, kerana sering membuat video masakan yang bersaiz besar ataupun jambo. Chef yang berasal dari Turki ini, terkenal dan sering menarik perhatian netizen dalam setiap videonya kerana memasak sambil tersenyum sepanjang masa.

Bantu orang miskin pula…

Dua hari lalu, Chef Burak telah naik sebuah video di laman Twitter miliknya yang agak berbeza dari videonya sebelum-sebelum ini. Kali ini, chef kuliner ini dilihat berkongsi video dirinya sedang membantu sebuah keluarga fakir miskin.

Ditonton hampir lebih 6.2 juta kali

Dalam masa dua hari videonya ini telah mendapat hampir lebih 6.2 juta tontonan serta lebih 23,000 ulang kicau oleh warga Twitter.

Pada video tersebut, telah memaparkan dia bersama beberapa orang pembantu, menolong mengubah suai rumah sebuah keluarga yang miskin.

Turut berikan sumbang

Chef Burak juga turut dilihat menyumbang beberapa barangan perkakas dan keperluan rumah buat keluarga tersebut. Diantaranya adalah peti ais, katil, perabot dan tilam.

Kanak-kanak dan seluruh ahli keluarga tersebut dilihat sangat gembira menerima bantuan ikhlas yang telah dihulurkan oleh tukang masak berkenaan.

Tindakannya itu juga telah mendapat perhatian serta pujian oleh warga netizen. Perlakuan ini sewajarnya yang patut dicontohi dan dijadikan sebagai inspirasi kepada orang ramai.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending