Connect with us

WOW

Suka Buat Video ‘Make-Up Tutorial’, Gadis OKU Ini Jadi Viral Raih Ribuan Pengikut Di IG

Setiap wanita pasti berkeinginan untuk nampak cantik dan menawan, jadi ramai dalam kalangan wanita suka menonton ‘make-up tutorial’ untuk belajar teknik solekan.

Tetapi salah satu tutorial ini menjadi perhatian netizen, kerana yang melakukan tutorial itu adalah seorang gadis dalam golongan Orang kelainan Upaya (OKU).

Gadis OKU jadi viral sekelip mata

Meskipun mengalami kecacatan fizikal, gadis yang dikenali sebagai Marlina ini sangat suka bersolek dan membuat video. Malah, teknik solekannya juga setanding dengan orang normal.

Keistimewaan yang ada pada gadis ini telah menarik minat orang ramai untuk menonton videonya, sehingga semakin hari menjadi viral di media sosial.

https://www.instagram.com/p/B5tiv2kJWCO/

Cecah 30 ribu pengikut di IG

Marlina kini yang sudah memiliki 30 ribu pengikut di Instagram, kerana kecacatan fizikal itu, gadis itu tidak boleh berjalan dan mengalamai masalah pendengaran serta sukar bertutur.

Walau apa jua kekurangan yang dimiliknya, Marlina tetap kelihatan ceria setiap kali melakukan video dan kelihatan teknik solekannya pun turut bertambah baik.

Sumber : Marlina & grid ID

Continue Reading
Advertisement

Trending