Connect with us

WTF

Ambil Kesempatan Masa Wabak Menular, Suit Anti Covid-19 Dijual & Jadikan Fasyen

Selepas gelombang kedua bagi wabak coronavirus ini diumumkan, orang ramai kini dilihat lebih mengamalkan berjaga-jaga terutamanya ketika berada di tempat-tempat awam. Penutup mulut dan hand sanitizer kini merupakan barang yang wajib perlu dimiliki oleh setiap individu.

Disebabkan itu, segelintir pihak sanggup mengambil kesempatan diatas kemelut yang sedang melanda dunia ketika ini. Bukan sekadar itu, harga barangan penjagaan diri seperti sabun anti-bakteria, sarung tangan, penutup mulut dan juga hand sanitizer juga dinaikkan harga dengan sewenang-wenangnya oleh para peniaga.

Baju anti covid-19 dijual?

Menurut perkongsian oleh Dr.Amalina Bakri menerusi akaun Twitter peribadi miliknya, bagaimana rakyat-rakyat di UK mengambil kesempatana tatkala wabak covid-19 menular.

Siapa kata tak boleh bergaya?

“Disebalik negara maju, ada masyarakat yg mundur…”

Sudah tentunya, perkongsian Dr.Amalina ini meraih perhatian warga pengguna Twitter terutamanya rakyat Malaysia. Pelbagai pandangan dan juga pendapat telah dilempar oleh netizen terhadap pemikian yang ditojolkan oleh segelintir rakyat di sana.

Nak jadikan fasyen jugak ke?

Kat Malaysia tak ada jual ke?

Mungkin nak menghiburkan hati…

Kat Malaysia jangan nak berangan pakai…

Orang ramai kini dinasihatkan untuk kerap membasuh tangan dan juga elakkan dari bersentuhan dengan individu lain. Pakai penutup mulut ketika berada ditempat-tempat awam dan juga hentikan seketika kunjungan ke negara-negara luar.

Advertisement

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending