Connect with us

Inspirasi

Suhu Turun Mendadak Bapa ini Sanggup Tak Berselimut Demi Anak, Ditemui Mati Kesejukan

Wira sebenar bagi anak-anak adalah ayah mereka, kasih yang tiada penghujungnya. Seorang ayah sanggup meletakkan segala bebanan dan kesusahan di bahunya, bagi memastikan anak dan isteri hidup selesa.

Kisah di Thailand baru-baru ini cukup menyentuh hati, apabila seorang bapa, 38 tahun meninggal dunia dalam kesejukan, kerana memberikan kesemua selimut yang ada pada anak perempuannya, memandangkan suhu semakin dingin.

Sanggup bersejuk demi anak

Difahamkan, suhu di wilayah Bueng Kan yang terletak di timur laut Thailand turun mendadak sehingga 9 darjah Celcius membuatkan cuaca bertambah sejuk.

Oleh kerana lelaki itu bukanlah orang senang, di rumah hanya mempunyai tiga helai selimut, dan dengan suhu yang sangat sejuk, dia risau anak yang berusia lapan tidak tahan dengan cuaca begitu.

men

Ayah mati kesejukan…

Pada malam sebelum kematiannya, si ayah telah memberikan semua selimut kepada anaknya dan hanya tidur di atas tikar dengan hanya berpakaian baju lengan panjang berserta seluar pendek.

Si anak yang terjaga di tengah malam, menyelimutkan tubuh si ayah yang sedang kesejukan. Namun, keesokannya dia melihat ayah masih belum bangun walaupun telah dikejutkan beberapa kali.

Ternyata, si ayah sudah meninggal dunia akibat tubuhnya tidak dapat menyesuaikan diri dengan penurunan suhu pada waktu malam yang mendadak.

Sumber : Asia One

Continue Reading
Advertisement

Trending