Connect with us

WOW

Suhu Panas Cecah 50° Celcius Punca Monyet Dan Kelawar Mati Di India Dan Australia

Pemanasan global merupakan satu fenomena dimana peningkatan suhu berlaku secara mendadak. Oleh itu, di sesetengah tempat di dunia kini sedang mengalami kesan daripada peningkatan suhu yang tinggi ini.

Fenomena ini bukan hanya menjejaskan kehidupan manusia malah haiwan juga turut menerima kesannya.

Banyak monyet mati

Antara negara yang terkena tempias akibat pemanasan global adalah di India.

Berikutan dengan suhu yang hampir mencecah 50ºC di daerah Madhya Pradesh, telah mengakibatkan 15 ekor dari sekumpulan moyet mati akibat strok haba. Pegawai Hutan mempercayai perkara ini berlaku akibat persaingan untuk merebut sumber air.

Cuaca panas yang melampau itu turut menyebabkan sumber utama air penduduk seperti tasik dan sungai kering kontang.

Kuda dan kelawar mati di Australia

Selain itu, haiwan seperti kuda dan kelawar turut menjadi korban tersebar daripada fenomena panas yang melampau ini. Sebanyak  23,000 ekor kelawar telah mati berikutan gelombang haba di bandar Cairns yang mencecah suhu sebanyak 42.6ºC.

Kelawar merupakan haiwan yang sensitif terhadap perubahan suhu. Kebanyakkan kelawar di sana mati dan jatuh dari pokok di laman rumah akibat kesan dari suhu yang tinggi.

Kuda nyahhidrasi dan kelaparan!

Terletak di selatan Australia, 40 ekor kuda liar dijumpai mati berdekatna sungai yang dikenali sebagai Alice Springs. Kuda-kuda berkenaan dipercayai mati kerana kekurangan air dan kelaparan pada masa yang sama.

Sumber: Mothership.Sg

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending