Connect with us

Inspirasi

Sudah Tiba Masa Berundur, PKP Jadi Tempat PDRM & ATM Jalin Persahabatan

Umum sedia tahu sejak 4 Mei yang lalu, Perintah Kawalan Pergerakkan sudahpun dilonggarkan dengan pelbagai sektor ekonomi telah dibuka.

Orang ramai juga dilihat boleh keluar rumah dan melakukan aktiviti harian tanpa kekangan selepas hampir 2 bulan berada dirumah. Namun begitu, kerajaan telah memberikan SOP yang harus dipatuhi rakyat demi mengelakkan pendemik berulang.

Pupuk semangat persahabatan

Sehubungan dengan itu, anggota keselamatan seperti pihak polis dan angkatan tentera yang sebelum ini ditugaskan bersama-sama menjaga lalu lintas turut beransur mengundurkan diri.

Namun, selepas tamatnya Ops Covid-19 ini, PDRM dan ATM diharap terus bersahabat kerana masing-masing sudah saling memahami tanggungjawab dalam mempertahankan Tanah Air.

Hubungan bertambah erat

Menerusi muat naik laman Facebook Polis Diraja Malaysia, mereka mengakui bahawa PKP ini telah memupuk semangat persahabatan antara PDRM dan ATM yang sama-sama berganding bahu mengawal negara ketika pendemik.

Perkara tersebut bertitik tolak daripada penulisan Harian Metro yang menemui sendiri anggota-anggota keselamatan yang bertugas bersama dan berkongsi cerita mengenai perkhidmatan masing-masing sepanjang PKP ini.

Berundur diri

Gambar-gambar dua pasukan keselamatan Malaysia ini turut banyak berlegar di media sosial dan paling menyentuh hati apabila mereka mengucapkan selamat jalan kerana masing-masing mulai berundur diri selepas PKP dilonggarkan.

Sehubungan dengan itu, diharap agar keakraban yang sudah terjalin sejak 18 Mac tempoh hari terus dikekalkan dan silaturrahim terus dijaga. Hal ini bukan sahaja memberi manfaat kepada keselamatan negara bahkan turut dapat mengeratkan ukhwah sesama anggota.

Sumber : Polis Diraja Malaysia, Harian Metro (Nurul Hidayah Bahauddin), Friend Of PDRM

Continue Reading
Advertisement

Trending