Connect with us

Infozon

‘Sudah Ramai Kami Lihat Menemui Ajal Disebabkan Komplikasi Supplemen Sebegini’

Akhirnya riwayat setelah mengambil majun terlarang.

“Doktor, tekanan darah pesakit yang baru sampai ke Wad ini hanya 60/30”. 65 tahun. Kencing Manis, Darah Tinggi

Necrotising Fasciitis (gambar hiasan, bukan kes ini)

Datang hospital sebab kaki beliau merah, sakit. Memang ada Necrotising Fasciitis (seperti gambar hiasan). Ianya adalah jangkitan kuman kulit/tisu yang sangat cepat merebak. Beliau tidak ada demam, cuma rasa tidak lalu makan beberapa hari.

Anaknya membawa sekali beg ubat beliau. Secara lazimnya, Doktor akan memeriksa. Terkejut kami bila ada Majun Mutiara!!

Menurut anak pesakit: “Ya Doktor, beliau mengamalkan hari-hari sebab kalau tak ambil beliau rasa lesu. Setahun sudah”.

Ya Allah. Majun mutiara mengandungi bahan terlarang-dexamethasone sejenis steroid. Sangat hairan macamana penjual tergamak menjual bahan yang pihak KKM sendiri dah keluarkan amaran.

Ketahuilah yang penggunaan steroid jangkamasa panjang sangat bahaya:

1. Memanglah kalau tiba-tiba berhenti ubat itu, badan jadi lesu. Berjumpa lah Doktor, mengakulah akan penggunaan majun. Kami ada ubat & cara menolong anda! Elakkan komplikasi yang sebegini.

2. Antibodi badan sangat rendah, kalau dapat jangkitan kuman ianya akan merebak dengan cepat. Masa ini memang susah nak dirawati. Antibiotik pun tak sempat nak bertindak.

3. Jika ada jangkitan kuman, kebiasaannya sel badan kita akan mengeluarkan hormon “cortisol”. Tapi jika seseorang mengambil steroid, keupayaan badan sendiri untuk menghasilkan “cortisol” hilang. Ini sangat bahaya. Ianya dipanggil Addisonian crisis.

Secara kesimpulannya, Makcik mengalami Addisonion crisis & septic shock (jangkitan kuman dari kulit & tisu kaki yang merebak ke darah & seluruh badan). Organ-organ lain tidak berfungsi.

Tidak lain tidak bukan, Majun (steroid) lah puncanya.

Bertungkus lumus Doktor cuba memberi rawatan. Malangnya, sangat teruk sungguh keadaan beliau. Tak sampai sejam, beliau telah pergi untuk selama-selamanya.

Mohon pastikan anda & ahli keluarga anda TIDAK mengambil ubat yang terlarang. Tak payah lah ambil ini semua, sangat berisiko. Apa majun sekalipun. Sudah ramai kami lihat menemui ajal disebabkan komplikasi nya.

Tolong lah kami untuk menolong anda. Sedih & sangat trauma kami berhadapan dengan kes-kes sebegini saban hari.

Kenapa, mengapa pesakit-pesakit kami tidak sayang badan mereka sendiri? Selalu bermain di fikiran kami. Sehingga kini, dan mungkin sampai bila-bila kami tidak akan menemui jawapan.

Hargailah kehidupan, hargailah kesihatan.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending