Connect with us

Infozon

Suami Sengkek Atau Kedekut Punca Utama Kes Penceraian

Alam perkahwinan adalah satu dunia yang amat kompleks, kerana dinamik setiap rumahtangga berbeza.

Setiap pasangan pasti akan ada ujian yang tersendiri dan perlu pada solusi yang ‘customised’, tidak satu formula yang akan berkesan untuk semua.

Cumanya, sedikit pengalaman dalam rumahtangga sendiri dan melihat banyak lagi kes yang berlaku, ada perkara yang benar-benar perlu diberi perhatian oleh pasangan-pasangan baru.

1. Suami wajib beri nafkah yang secukupnya kepada isteri, kalau tidak mampu, kena usahakan sehingga mampu walaupun isteri bekerja dan bergaji lebih besar. Banyak rumahtangga yang musnah kerana suami gagal dalam bab nafkah dan KEDEKUT dengan ahli keluarga.

2. Selepas berkahwin, duduk berasingan dari orang tua. Paling lama, 3 bulan sudah perlu diusahakan untuk duduk sendiri. Sekali lagi, suami kena ‘lead the way’. Pelbagai masalah akan timbul bila duduk sekali, suami dan isteri perlu ada ruang privasi sendiri.

3. Banyakkan elemen ibadah di dalam rumah. Solat jemaah, baca Quran, pergi ke majlis ilmu bersama-sama. Bila rumahtangga basah dengan ibadah, syaitan sukar untuk mencucuk jarumnya.

Moga-moga ada kebaikannya sedikit panduan ini.

Sumber : Hisham Sharif

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending