Connect with us

Inspirasi

Suami Lari Nikahi GF, Wanita Alami Depresi Bangkit Semula Kini Jadi Atlet Badminton Itali

Tiada siapa yang tahu perjalanan hidup seseorang melainkan Tuhan yang maha Esa.

Namun dalam setiap musibah yang berlaku, pasti ada hikmah yang menjadi batu loncatan untuk seseorang itu bangkit semula.

Begitulah seperti sebuah kisah inspirasi yang dikongsi oleh seorang wanita berasal dari Indonesia ini menerusi aplikasi Tiktok miliknya.

Biarpun dirinya pernah kecundang dalam alam rumah tangga apabila suaminya curang selepas setahun pernikahan, wanita bernama Angguni Febby ini berjaya bangkit semula disusuli dengan kejayaan.

Suami curang selepas setahun perkahwinan

Kisah sedihnya bermula sewaktu dia dan bekas suami baru sahaja berkahwin pada tahun 2019. Tapi siapa sangka? Setahun kemudian dia mendapat tahu suaminya itu mempunyai kekasih gelap di belakangnya.

Advertisement

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dikatakan melarikan diri dan meninggalkan Angguni untuk berkahwin secara senyap-senyap dengan kekasih hati tanpa pengetahuannya.

Tidak sanggup cintanya diduakan, Angguni memfailkan penceraian terhadap suaminya dan hubungan mereka diakhiri dengan penceraian.

https://www.tiktok.com/@anggunifebby/video/6966034970775194882?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6953082593093699073

Akibat terlalu sedih diperlakukan sedemikian, wanita itu mengaku pernah menghidap kemurungan.

Syukurlah ia tidak lama, selepas wanita itu berusaha menguatkan diri dan menjalankan perniagaan dengan membuka sebuah kedai ‘hijab sukan’ berjenama sendiri.

Advertisement

Bagaikan durian runtuh, tidak lama kemudian tiba-tiba namanya dipanggil untuk berangkat ke Itali kerana salah satu kelab Badminton di sana memberi kontrak untuknya bermain di bawah kelab mereka.

Sejak itu, Angguni kembali kuat dan kini bergelar seorang atlet badminton di Itali. Malah, di juga sudah ‘move on’ daripada dihantui bayangan bekas suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap Angguni dan memberi sokongan penuh kepada wanita itu.

Balas dendam yang menyakitkan adalah kejayaan

Kamu wanita hebat!

Bangga sebagai wanita

Sayangi diri awak, lupakan masa lalu

Bangkit dan buktikan, akhirnya bahagia milik kita

Kuatnya seorang perempuan

Sumber: TikTok @anggunifebby

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending