Cute
Suami isteri Warga Emas Palestin ‘Sweet’ Ungkap Cinta, Buat Ramai Rasa Bahagia

Isu Palestin sememangnya menjadi topik yang paling kerap dibincangkan sejak sebelum Syawal lagi. Mana tidaknya, serangan demi serangan yang dilakukan oleh rejim zionis kepada mereka membuatkan ramai yang berasa geram.
Namun, disebalik khabar-khabar duka itu, pasti kita akan lebih mengenali mengenai berkenaan negara terbabit serta masyarakatnya.
Tular di media sosial
Ada sahaja mengenai kisah kehidupan masyarakat di Palestin menjadi sorotan media sehingga tular dimedia sosial.
Salah satunya perkongsian sedutan video temubual pasangan suami isteri warga emas di sana yang sangat sweet sehingga mendapat pujian ramai warganet.
https://twitter.com/maari_iq/status/1395747885841620993
Sudah 58 tahun berumah tangga
Pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Mohamed dan Khadijah sudah 58 tahun berumah tangga. Sebelum ini mereka tinggal di Perkampungan Al-Na’ani Palestin namun kini mereka berada di kem pelarian di Jordan.
Dalam perkongsian yang tular itu, mereka saling memuji dimana Khadijah memaklumkan suaminya adalah lelaki yang sangat kacak. Manakala, Mohamed menyatakan yang isteri tercinta adalah wanita yang tercantik dan bijak serta tidak ada siapa boleh menyakitinya.
@falastiniyeh2020 Mohammed & Khadijah have been together for 58 years. Both are from the village of Al-Na’ani in Palestine, but live in a refugee camp in Jordan. #fyp
Selain itu mereka juga mengucapkan saling menyayangi antara satu sama lain dan masing-masing tersenyum bahagia menceritakan keistimewaan antara mereka berdua.
MasyaAllah, TabarakAllah!
Akaun media sosial yang memuat naik video tersebut telah menerima pelbagai komen positif melihat pasangan Mohamed dan Khadijah ini.
Mereka nyata berasa begitu gembira dan sangat bahagia melihat pasangan warga emas ini tetap tersenyum dan saling mencintai walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan disebabkan menjadi pelarian.
Semoga terus bahagia
Sukar percaya, tapi perkahwinan bahagia memang wujud
Suka tengok mereka berdua
Sumber: maari_iq, @falastiniyeh2020

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit