Connect with us

WTF

Suami Bergambar Mesra Dengan Wanita Lain, Isteri Pasrah Sendirian Di Pelamin

Kebiasaannya majlis perkahwinan adalah hari paling gembira buat pasangan pengantin lelaki dan perempuan.

Ini kerana di hari bahagia tersebut, mereka dilayan bagaikan raja sehari dan menerima ucapan serta doa daripada para tetamu.

Bagaimanapun, lain pula berlaku dalam kisah pasangan pengantin dari Indonesia ini di mana video majlis kahwin mereka menjadi tular dan dibanjiri kecaman netizen.

Menerusi video berkenaan, apa yang menjadi perhatian netizen adalah pengantin lelaki yang dikenali sebagai Rangga dilihat leka bergambar dengan wanita lain di atas pelamin.

Dia mengabaikan isterinya yang hanya duduk terdiam melihat suaminya menempel begitu mesra bersama wanita lain.

Bukan itu sahaja, tetamu wanita itu juga seperti tidak mempunyai rasa malu dan selamba bergambar sambil menyandarkan kepala di bahu pengantin lelaki.

Seakan dia pula yang menjadi pengantin wanita pada hari tersebut. Namun begitu, masih belum diketahui apakah hubungan sebenar antara wanita itu dengan mempelai lelaki sehingga begitu rapat sebegitu.

Padahal, pengantin wanita hanya mampu terdiam dengan ekspresi wajah yang tak dapat digambarkan saat meliht suaminya sibuk bersama wanita lain.

Sopan ke macam tu?

Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan perasaan geram dan mengecam tindakan si lelaki yang disifatkan tidak menjaga perasaan isterinya kerana tergamak bersentuhan dengan wanita lain.

Namun, masih ada segelintir netizen bersangka baik menganggap tetamu wanita itu ‘mungkin’ adalah saudara si pengantin lelaki…

Hargailah isteri tu

Tak sedar diri

Layak untuk dipukul

Pengantin lelaki kurang ajar

Kalau saudara tak apa, kalau bekas kekasih.. Memang nak kena

Sumber: Instagram @undercover.id

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending