WTF
Suami Bawa Balik Wanita Lain Ke Rumah, Tergamak Bakar Isteri Lepas Kantoi

Berbicara mengenai kehidupan sebagai pasangan suami isteri, sudah menjadi kebiasaan jika berlaku salah faham. Namun, hal tersebut boleh menjadi kes keganasan rumah tangga apabila tidak dapat diselesaikan dengan cara sebaiknya.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Deli Serdang, Sumantera Utara yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya sendiri.
Bakar isteri lepas diri sendiri ‘kantoi’ curang
Menerusi laporan Tribun News, wanita tersebut berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Ra telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya yang bernama Junanda berumur 21 tahun.
Detik cemas itu berlaku apabila suaminya berang setelah dirinya ‘kantoi’ membawa pulang kekasih gelapnya itu datang ke rumah.
Sebagai seorang isteri, sifat cemburu itu sudah menjadi kebiasaan, namun suaminya tidak berpuas hati lalu bertindak membakar Ra sehingga mengalami 70 % luka akibat terbakar.
Meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama empat tahun, tetapi suaminya tergamak untuk membakar isterinya kerana terlalu bengang dengan pertengkaran yang berlaku.
Sewaktu kejadian berlaku, pelaku cuba melarikan diri apabila isterinya menjerit untuk meminta tolong daripada jiran, namun dia berjaya ditangkap dan kakinya terpaksa ditembak oleh pihak polis kerana mencuba untuk mencederakan anggota polis.
Sumber: Instagram Tribun Bogor & Tribun NewsÂ

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit