Connect with us

WOW

Kekurangan Dana, Stephen Chow Gadai Rumah Agam Berharga RM610 Juta

Para penggemar filem keluaran negara Hong Kong pastinya begitu familiar dengan dengan aktor terkenal mereka iaitu Stephen Chow. Banyak cerita-cerita hasil arahannya sendiri berjaya menambat hati dunia dengan jalan cerita yang menghiburkan dan bersahaja.

Terdapat berita yang kurang menyenangkan terpalit kepada direktor termana Hong Kong ini apabila Stephen Chow dikhabarkan terpaksa menggadaikan rumah agam mewahnya.

Tindakan sedemikian terpaksa dibuat selepas Stephen Chow dikatakan berhadapan dengan masalah kewangan yang memaksa dirinya, menjual rumah mewah yang terletak dikawasan kejiranan termahal di Hongkong.

Rumah tersebut dikatakan lagi bakal digadai pada bulan Mac yang lalu ,sewaktu wabak pandemik memuncak di negara Asia. Amat bernasib baik, seorang pembeli telah berminat untuk membeli kediaman tersebut yang mempunyai anggaran bernilai RM610 Juta. Namun, dia dikatakan tidak bercadang lagi untuk menjual rumah tersebut.

Media di Hong Kong dan China melaporkan, tindakan ini bukan pertama kali dilakukan oleh Stephen Chow. Bahkan, berkemungkinan aktor itu menggadai rumah terbabit disebabkan mahu mencari dana bagi menghasilkan filem terbarunya.

Disebabkan sebelum, filem arahan beliau pada tahun lalu iaitu New King Of Comedy tidak mendapat sambutan di China dan hanya mendapat kutipan RM376 juta di pasaran China.

Sumber: Vocket.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending