Connect with us

WTF

‘Stapler’ Telinga Anak Murid, Cikgu Tadika Ditangkap

Adakah sudah menjadi trend seorang guru akan mengepit stapler di telinga anak murid sebagai tanda denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah?

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kes yang sama berlaku dalam kalangan pendidik dimana mereka bertindak gunakan stapler untuk menghukum pelajar.

‘Stapler’ telinga murid tadika yang berusia 4 tahun

Seorang guru telah ditahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana didakwa menggunakan kekasaran terhadap murid tadika yang berusia 4 tahun sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketika hari kejadian, kedua ibu bapa pelajar berkenaan menyedari terdapat satu luka pada bahagian cuping telinga anak mereka dan luka tersebut kelihatan seperti kesan stapler.

Ibu bapa pelajar terbabit mengesyaki anak mereka dibuli lantas segera melaporkan perkara berkenaan kepada pengetua sekolah namun pengetua tersebut hanya memohon maaf tanpa memberikan penjelasan  dan butiran yang sewajarnya.

Tidak puas hati dengan tindakan tersebut, mereka telah berjumpa dengan guru kelas anak lelaki mereka. Walau bagaimanapun, usaha tersebut hanya sia-sia apabila guru terbabit turut menafikan kejadian itu.

Akhirnya, kedua ibu bapa tersebut telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis setelah mereka tidak menemui sebarang jawapan.

Bagi menyelesaikan perkara tersebut, pihak polis telah menahan guru yang berusia 26 tahun itu untuk tujuan siasatan.

Sumber: NST, Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending