Connect with us

WTF

Setelah Raih Kecaman Umum, ‘Stapler’ dUCk RM80 Kembali Dibangkitkan

Vivy Yusof raih kecaman ramai apabila dikatakan mempersoal bantuan yang diberikan kepada golongan B40 – melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri minggu ini. Pertikaiannya itu didakwa berpunca daripada komen yang ditulis di Instagram rakan usahawannya.

Sudah pasti, kenyataan yang dibuat oleh mereka berdua menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, sehinggakan nama dan juga perniagaan mereka menjadi trending serta merta di laman sosial.

Stapler yg dekat Fashionvalet tu sebenarnya RM1.30…”

Sekali lagi, Fashion Valet dan dUCk milik Vivy Yusof menjadi bualan hangat para netizen apabila, isu aksesori stapler berjenama dUCk miliknya yang dijual sehingga RM80 kembali menjadi pertikaian ramai.

Malah, ada yang mendakwa bahawa stapler berlogo dUCk tersebut sebenarnya dibeli secara pukal dan harga asalnya hanyalah berharga RM1.30 seunit.

Stapler RM80 pernah dikritik sebelum ini…

Namun, perkara ini bukanlah pertama kali terjadi dan sudah pernah hangat diperkatakan. Pada bulan Mei tahun 2018, isu stapler dUCk ini dibangkitkan dan menjadi pertikaian ramai seperti sekarang ini.

“Tapi kenapa masih lagi ramai yang membeli jenamanya?”

Sudah tentunya, isu ini masih lagi menarik perhatian ramai untuk mengulas mengenainya. Diakui ramai, walaupun Vivy Yusof sering kali membangkitkan isu-isu yang tidak sepatutnya tetapi barang yang dijualnya tetap sahaja laku dan mempunyai permintaan yang tinggi.

“Kilang production dari China, jual tetap mahal…”

Bila tekan keluar bunyi ke?

Ada orang kata ia mudah rosak…

Beli mahal2 lepastu kutuk B40!

Ini baru harga stapler…

“Harap lebih ramai golongan yang sedar & insaf…”

Walau apapun, Vivy Yusof telah membuat permohonan maaf terhadap keterlanjuran kata-katanya yang dikatakan mengkritik bantuan kerajaan yang diberikan terhadap golongan B40.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending