Connect with us

Inspirasi

Staf Kesihatan Kerja 12 Jam Sehari, Makan Pun Tak Sempat Demi Elak Covid-19 Tular

Wabak Covid-19 yang sedang menular dilihat semakin membimbangkan berikutan pertambahan kes di Malaysia. Kes positif Covid-19 ini sudahpun menghampiri angka seratus dan sekali gus membuatkan Kementerian Kesihatan Malaysia mempergiatkan usaha membanteras wabak tersebut.

Dalam kekalutan wabak ini, petugas-petugas kesihatan memainkan peranan penting dan mereka dilihat begitu gigih dalam membendung penularan Covid-19.

Kerja 12 jam sehari

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang doktor di Facebook miliknya, dia telah menceritakan bagaimana proses penyaringan yang dijalankan bagi mengesan Covid-19 dari individu-individu tertentu.

Dalam pada itu juga, doktor tersebut turut memberitahu bahawa doktor-doktor yang bertugas ada ketikanya tidak sempat makan kerana perlu membuat saringan kepada  indvidu-individu tertentu.

Terpaksa bekerja di luar bangunan hospital

Mereka juga terpaksa bekerja selama 12 jam dengan memakai pakaian khusus yang lengkap dan sangat leceh untuk dibuka bagi  mengelakkan daripada jangkitan Covid-19 terkena kepada diri sendiri.

Disamping itu, saringan yang dilakukan terpaksa dibuat di khemah luar daripada jabatan kecemasan hospital kerana tidak mahu wabak  ini menular secara tidak sengaja ke pesakit rutin di wad tersebut.

Pengorbanan demi kesejahteraan semua

Dari penerangan yang dibuat oleh salah seorang doktor yang terlibat dalam membendung penularan Covid-19 ini, dapat kita simpulkan betapa hebatnya cabaran yang tepaksa mereka tempuh demi mengekang wabak tersebut.

 

Oleh itu, menerusi perkongsian yang dinyatakan, dapat kita rumuskan bahawa pihak KKM sedang bertungkus-lumus bagi melakukan yang terbaik untuk memastikan wabak maut ini tidak terus menular dengan cepat.

Langkah-langkah yang diambil serta kecekapan petugas kesihatan sangatlah dipuji kerana mereka mempertaruhkan kondisi sendiri demi memastikan bilangan kes positif Covid-19 di Malaysia dapat diturunkan secepat mungkin.

Sumber : Ferwahn Fairis

Continue Reading
Advertisement

Trending