Connect with us

Berita

Sri Lanka Muflis, Jutaan Rupee Dijumpai Oleh Penunjuk Perasaan Dalam Istana Presiden

CikKoin

Diterbitkan

pada

Baru-baru ini, penunjuk perasaan secara besar-besaran yang dilakukan oleh penduduk Sri Lanka dengan menceroboh istana presiden, Gotabaya Rajapaksa di Colombo menyebabkan ekonomi negara itu telah lumpuh sepenuhnya.

Apa yang lebih mengejutkan, para penunjuk  perasaan telah menemui sejumlah wang yang besar di dalam kediaman pemimpin tersebut dan ia telah mencetuskan tanda tanda rakyat dari mana yang sebanyak itu dimiliki susulan krisis ekonomi yang sedang berlaku di negara itu.

Difahamkan, mereka telah memecah masuk ke kediaman presiden itu dengan meroboh penghadang polis, berenang di dalam kolam renang dan menggeledah setiap sudut di dalam istana itu.

Malah, presiden Gotabaya terpaksa bersembunyi dengan melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui sebelum rakyat melakukan pencerobohan ke atas istananya.

Dalam pada itu, hasil wang jutaan Rupee yang dijumpai oleh penunjuk perasaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk proses siasatan lanjut dilakukan.

Ketua Staf Pertahanan (CDS), Jeneral Shavendra Silva menyeru kepada rakyat Sri Lanka untuk mengekalkan keamanan negara itu dengan memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak polis dan angkatan tentera.

Kediaman persendirian Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe juga telah menerima nasib malang apabila rumahnya telah dipecah masuk dan dibakar oleh penunjuk  perasaan. Pihak berkuasa terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk mengawal keadaan.

Pada Mei lalu, Wickremesinghe yang dilantik sebagai Perdana Menteri Sri Lanka telah mengumumkan akan melepaskan jawatannya demi mengembalikan kestabilan negara itu. Bahkan, Gotabaya Rajapaksa juga turut dilaporkan akan mengundur diri sebagai presiden.

Sumber: Odisi

Facebook Comments

Trending