Connect with us

Infozon

Spesies Baru Obor2 Berbahaya Ditemui Di Terengganu, Orang Ramai Diminta Berhati2

Baru-baru ini spesies baru obor-obor ditemui terdampar di Pantai Pulau Kekabu, Marang, Terengganu. Menurut laporan, 11 spesies yang telah mati dikenali sebagai obor-obor Portuguese Man O’War dijumpai di sepanjang laluan pantai.

Menurut pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kapten Mohd Zabri menyatakan beberapa pelancong Australia telah menjumpai obor-obor berkenaan.

“11 dijumpai telah mati di sepanjang pantai dan 10 lagi dijumpai di dalam air. Kami telah menasihati orang ramai serta pelancong untuk lebih berhati-hati dan menjauhi air,” ujar Zabri.

Spesies yang menggunakan tentakel untuk makan boleh mencapai sepanjang 160 kaki dan selalunya dijumpai Lautan Atlantik, Lautan India dan juga Lautan Pasifik.

Menurut pakar, tentakel mengandungi toksin seperti racun dan akan memberi sengatan yang kuat dan digunakan untuk mempertahankan diri daripada pemangsa.

Obor-obor yang telah mati masih boleh menyengat dan orang ramai tidak dibenarkan menyentuh sekiranya terjumpa spesies berkenaan di pantai.

Kapten Mohd Zabri menyatakan selain dari Pantai Pulau Kekabu, spesies itu juga dilihat di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.

Sumber: Says

Continue Reading
Advertisement

Trending