Connect with us

Sosial

Speaking Omputih, Gaya UAI Perjelaskan Ibadah Korban Tarik Perhatian

CikKoin

Diterbitkan

pada

Tular di laman sosial apabila Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI kelihatan tenang ketika menjawab persoalan mengenai ibadah korban yang diajukan oleh dua orang  minah saleh dalam bahasa Inggeris di Terengganu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Wan Lukman Hakim di laman Facebook nya, kelihatan Ustaz Azhar Idrus begitu fasih dan tidak mempunyai masalah untuk menjawab persoalan yang dilontarkan oleh wanita itu meskipun menggunakan bahasa antarabangsa.

Kehebatan pendakwah terkenal ini tidak dapat disangkal lagi walaupun pada kebiasaannya Ustaz Azhar Idrus menyampaikan dakwah dalam berbahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen yang terkejut dengan kebolehannya dan berasa bangga kerana Ustaz Azhar Idrus dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Malah, rata-rata warganet turut memberi pendapat bahawa Ustaz Azhar Idrus boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam menyampaikan ceramah agama selepas ini.

Sumber: Facebook (Wan Luqman Hakim)

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending