Connect with us

Infozon

Solidariti Rakyat Antarabangsa, Gesa Israel Batal Rampas Tanah Tebing Barat Dari Palestin

Kerajaan tanah haram Israel, yang dibentuk antara Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan seteru politiknya Benny Gantz pada Mei, bersetuju untuk melaksanakan rancangan merampas dan mengambil hak milik sebagian besar kawasan di Tebing Barat yang diduduki mulai 1 Julai.

Perlaksanaan merampas Tebing Barat daripada rakyat Palestin, yang sepatut dilakukan 1 Julai, telah mengundang kecaman negara antarabangsa yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Palestin teguh pertahan tanah air

Di Gaza kini, rakyatnya sedang mengadakan demonstrasi secara besar-besaran bagi membantah dan mengutuk tindakan Israel mahu merampas Tebing Barat yang asalnya adalah tanah Palestin.

Solidariti negara luar kutuk tindakan Israel

Malah, bukan sahaja di Gaza, boleh dikatakan beberapa negara juga sedang membuat demonstrasi meggesa agar perlaksaan merampas Tebing Barat dibatalkan.

PBB minta Israel batal rampas Tebing Barat

Ketua Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Michelle Bachelet, menyifatkan tindakan Tindakan Israel merampas tanah Palestin selepas menceroboh secara haram di Tebing Barat adalah menyalahi undang-undang dan boleh membawa akibat yang mengundang bencana.

Bachelet mengeluarkan amaran itu dan turut menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghentikan rampasan tanah di Tebing Barat dan Lembah Jordan.

 

Bachelet turut mendesak Israel untuk mendengar nasihat mantan pegawai kanan dan jeneral sendiri, serta banyak suara di seluruh dunia yang menggesa supaya tindakan itu tidak diteruskan.

Kecaman antarabangsa terhadap tindakan Israel makin meningkat berikutan negara Yahudi itu cuba melaksanakan langkah pertama dalam pelan damai Asia Barat yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS).

Usul Presiden AS, Donald Trump, yang ditolak secara terang-terangan oleh rakyat Palestin, membuka jalan untuk merampas bahagian penting di Tebing Barat.

Ini termasuk penempatan yang sudah diceroboh sebelum ini dan dianggap menyalahi undang-undang oleh majoriti masyarakat antarabangsa.

Bachelet turut mendesak Israel untuk berubah hati dan memberi amaran bahawa kesan akibat rampasan itu akan kekal selama beberapa dekad dan amat memudaratkan Israel serta rakyat Palestin.

Sumber : AFP, Berita Harian & Viva Palestin

Continue Reading
Advertisement

Trending