Connect with us

Infozon

Solek Ala2 Syaitan, Agamawan Perjelas #LathiChallange Haram Dilakukan

Tak dapat disangkal bahawa, para pengguna internet sememangnya mudah terpengaruh dengan trend-trend terkini. Pelbagai challange telah tercipta yang menular dan menjadi ikutan hampir seluruh penduduk dunia.

Sejak kebelakangan ini, Lathi Challenge pula mengambil alih dan menjadi ikutan oleh masyarakat di Malaysia. Secara umumnya, pelaku Lathi Challenge ini akan tampil dengan solekan yang menyeramkan dan diikuti tarian mengasyikkan sambil mengikut rentak lagu.

Hentikan Lathi Challenge dengan segera!

Menyedari perkara ini sudah menjadi ikutan oleh anak muda di Malaysia, para agamawan merayu agar ikutan ini dihentikan dengan kadar yang segera. Lebih mengejutkan, mereka mendakwa bahawa melakukan Lathi Challenge ini hukumnya haram.

Da’i Wan Dazrin dan PU Syed Bakri antara agamawan yang memperjelaskan satu persatu mengapa Lathi Challenge haram diikuti terutamanya bagi yang beragama islam.

Bukan sahaja menakutkan, bahayanya syirik & khurafat…

“Makhruh itu tanda perbuatan tersebut patut dielakkan…”

Perkara ni boleh dibahas dari macam2 sudut…

“Menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak…”

View this post on Instagram

Lathi Challenge HARAM Kecoh apabila ambe nyatakan bahawa perbuatan yg sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah HARAM kerana ianya menyalahi apa yg dibenarkan oleh Syarak 'Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg buruk) dalam Islam, maka baginya DOSA amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) DOSA orang yang mengamalkannya selepasnya ( HR Imam Muslim) Dengan merakamkan video berlatar belakangkan lagu, dgn solekan ala2 syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan iti harus dilakukan? Hukum dlm agama bukan berdasarkan akal semata² tetapi mempunyai nas Semalam sy membawa hadis ttg meniru gaya org kafir, walaupun golongan penyokong lathi challenge menyebut bahawa ianya di asas oleh org Indon dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yg menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yg menyalahi syarak Anak² melihat perkara ini, dan ramai yg meniru terutama sekali org perempuan dgn gaya yg mengaibkan Perlu kita menutup pintu² fitnah kpd agama dan umat Islam ini agar tidak merebak sehingga melalaikan manusia Ambe guna hujjah dan dalil, namun tetap ada yg berani nak cabar dan argue dgn menyatakan itu dan ini Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yg baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Tak salah untuk berhibur dan mengikut trend! Paling penting adalah bersederhana dan jangan terlampau taksub sehingga mengetepikan hukum hakam agama.

Sumber: Twitter, Instagram.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending