Connect with us

Infozon

Simpati Hidup Susah, Geng Kumpul Duit Hadiahkan ‘Member’ Sebiji iPhone!

Sememangnya, sangat susah untuk menghuraikan makna disebalik ikatan persahabatan yang terjalin. Walaupun begitu, ramai yang tetap setia menghulurkan bantuan terhadap rakan sewaktu mereka berada dalam kesusahan.

Di twitter, beberapa buah video TikTok di Twitter menjadi tular gara-gara terharu dengan tindakan sekumpulan budak lelaki yang dilihat sangat ikhlas dalam persabahatan mereka. Dalam video berkenaan memaparkan, remaja-remaja Indonesia ini sanggup mengumpul duit demi membelikan seorang rakan mereka sebuah telefon pintar yang baru.

Rakan hanya mampu lihat sahaja…

Pada bahagian pertama video TikTok berkenaan, menunjukkan salah seorang teman mereka hanya mampu makan dan melihat sahaja sahaja kerenah rakan-rakannya itu dengan telefon bimbit mereka.

Kumpulkan duit, beli telefon baru!

Lebih mengasyikkan, kesemua mereka telah membuat perancangan serta mengumpul duit sedikit seorang demi membelikan telefon bimbit kepada teman mereka tersebut.

Kumpul duit sama-sama, beli telefon pun bersama. Memang ramai yang sangat kagum dengan ikatan persahabatan mereka ini.

Menangis terharu! Tak percaya dibelikan iPhone…

Sebenarnya, bukan wang ringgit ataupun harta benda yang diharapkan, tetapi nilai persahabatan yang mahal itu sewajarnya dikekalkan sehingga ke akhir usia. Hargailah insan-insan yang sentiasa berada disisi kita.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending