Connect with us

Infozon

Simpanan sebanyak RM32,000 pada usia 27 tahun

Gua start kerja umur 23 tahun. Macam tak percaya dalam 4 tahun gua boleh simpan dalam RM32K lebih kurang. Tahun lepas habis RM32K gua buat belanja. Punyalah lama simpan. Habis sekejap je.

  • RM11K: Hantaran kahwin
  • RM15K: Deposit rumah
  • RM6K: Bayar PTPTN

Teringat gua masa umur 23 tahun. Dapat gaji RM1600 je. Tolak KWSP dapat la RM1400 gitu. Force saving gila-gila. Duduk dengan abang. Jadi, free sewa rumah. Naik motor pergi kerja.

Makan minum dalam RM200-RM300 sebulan. Sebulan boleh simpan RM900-RM1000.

Umur 25 gua dapat kerja sedap sikit. Dalam masa setahun baiki loan profile untuk beli rumah. Umur 26 tahun beli rumah. Deposit habis dalam RM15K. RM6K bayar PTPTN.

Bila umur 27 tahun, ada orang nak ke gua. Kakaka. Terus gunakan duit simpanan RM11K buat kahwin. Kos cincin tunang dengan cincin nikah tak payah cerita la ek.

Betapa pentingnya kau menyimpan masa mula bekerja.

Cara gua :

1. Berjimat cermat

Gua ni jugak jenis cermat sikit. Kalau benda tu betul-betul penting baru gua beli. Kalau nak beli sesuatu gua akan kumpul duit dulu. Hati kena kental. Yang murah tak semestinya tiada kualiti. Prinsip gua mudah, “guna sampai rosak, pakai sampai habis”.

Makan minum biasa gua hadkan kepada RM10-RM15 je sehari. Makan tengah hari kenyang-kenyang. Pastu malam makan roti, biskut je. Sekali sekala makan juga sedap-sedap. Tapi tak macam kau, air kopi pun dekat RM15 dah.

Gua berjimat cermat tidak bererti gua tak bagi duit kepada mak ayah gua dan sedekah semua tu. Amalan tu biarlah gua dengan Tuhan je tahu. Sebab yang bagi pahala ialah Allah.

2. ASB Financing

Gua dulu buat dengan RHB tanpa orang guide. Tujuannya nak menyimpan je. Setiap bulan terus potong daripada akaun bank. Bila dah tahu ada yang Islamik, gua terminate buat yang Islamik. Tiap tahun gua tambah sijil. Mulanya RM50K sampai ada RM200K.

Kau masa mula kerja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan force saving, yang potong terus daripada akaun bank gaji kau. Kalau nak tunggu kau menyimpan memang kelaut la jawabnya. Tabiat menyimpan kau belum lagi wujud. Sapa nak gua guide melabur dalam ASBF boleh roger gua ye.

3. Kerja lebih masa

Kalau ada je kerja lebih masa memang gua buat. Penat ke, mengantuk ke memang gua layan je. Dah tahu gaji sikit kena la kerja rajin-rajin. Kalau bulan tu dapat gaji sedap sikit gua tak belanja serupa tiada hari esok macam kau tu. Gua simpan. Letak dalam ASB. Kau tu, kerja siang malam, dapat gaji sedap sikit terus buat beli sportrim kereta.

4. Tidak Merokok

Mungkin sebab tidak merokok buat gua dapat jimat banyak dalam belanja seharian. Rokok pun mahal sekarang ni. Pastu tak kenyang pun kalau hisap rokok. Kesihatan terjaga. Orang tak merokok ni dapat jimat banyak. Bolehlah buat simpanan lebih sikit.

5. Tidak malu naik motosikal

Sedikit pesanan gua kepada yang baru kerja, kalau kerja kau tidak memerlukan kau beli kereta, tapayana beli kereta lagi. Menyimpan dan melabur dulu. Berhujan panas masa bujang bagi gua okay je. Jangan masa ada anak nanti nak berpanas hujan. Biar gua susah dulu. Nanti anak bini gua senang. Pengalaman tayar pancit, lepak bawah jambatan, redah hujan semua gua dah rasa. Gua jimat banyak. Rakan sejawat gua ada dah beli kereta Saga. Sampai sekarang dia tak beli rumah lagi.

6. Bawa bekal pergi kerja

Ramai kawan-kawan gua makan pagi pun dah habis dekat RM10. Tu tak kira kos minyak pergi kedai makan lagi. Gua makan pagi dekat pejabat je. Makan pagi nak alas perut je. Makan roti cicah milo pun dah kenyang.

Banyak lagi cara yang gua buat. Gua akan cerita di kemudian hari. Panjang-panjang ni sapa nak baca. Nak lukis pun gua tak reti ni. Kau jangan nak suruh gua lukis pulak. Kakaka.

Sudah semestinya setiap orang ada jalan cerita masing masing. Ada komitmen tersendiri. Gua tak minta kau ikut cara ni. Ini hanya pengalaman hidup. Kalau kau rasa nak ikut cara ni, silakan. Kalau tak nak pun takpe. Mungkin kau ada cara lain yang lebih baik.

Kenapa gua cerita ni? Sebab ramai anak muda sekarang nak jalan yang mudah je. Nak kahwin pun pakai pembiayaan peribadi. Hutang sampai RM30K. Hangus dalam seminggu je. Kita lelaki ni banyak lagi nak pakai duit. Akikah anak lagi, beli keperluan keluarga lagi. Sediakan tempat tinggal yang selesa adalah tanggungjawab kita sebagai lelaki, iaitu ketua keluarga. Kalau kau tak reti kawal kewangan kau, hancur barai lah kewangan keluarga kau nanti.

Post ini bukan semata-mata nak menunjuk ke apa ke. Sekadar perkongsian pengalaman moga kau dapat sedikit input yang berguna untuk masa depan kau.

Sebab tu bila ada anak muda nak buat ASB Financing dengan gua, gua akan guide betul-betul. Ia mengingatkan gua pada zaman susah dulu. Dah la dapat ilmu pelaburan ASB Financing dengan cara betul, dapat tips hartanah untuk newbies lagi. Apa lagi korang mahuuuuuu? Kakakaka.

Mungkin ramai boleh simpan banyak lagi. Apa yang gua nak sampaikan ialah, kalau gaji sikit pun, tapi kau bijak uruskan memang kau akan boleh simpan banyak lagi. Atas kau la sanggup berkorban sekarang untuk masa depan atau pun tidak sanggup. Kah!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending