Connect with us

Inspirasi

Simpan Sejak Kecil, Budak 6 Tahun Derma Duit Tabung Bagi Petugas Hospital

Prihatin mengenai perjuangan petugas perubatan dalam melawan wabak Covid-19, seorang kanak-kanak Yasmin Saman Ahmad menyerahkan duit tabung miliknya untuk disumbangkan bagi membeli Alat Perlindungan Diri (APD).

Budak berusia enam tahun itu ditemani ibunya Mardiana Rusli ke sebuah organisasi kemanusiaan di Kota Makassar sebelum membuka tabungnya berbentuk ikan yang tersimpan duit sebanyak Rp448.800 (RM120).

“Bantuan ini untuk doktor dan petugas perubatan di hospital untuk membeli APD. Terus semangat,” kata Yasmin selepas menyerahkan hasil tabungan kepada wakil organisasi berkenaan pada Sabtu lalu.

Menurut Mardiana, dia menunaikan hasrat Yasmin apabila anaknya tergerak hati untuk menderma selepas melihat keadaan barisan hadapan yang kekurangan APD.


Malah Mardiana berkata, dia telah mendidik anaknya untuk menabung sejak berusia dua tahun sebelum hasilnya diperuntukkan untuk bantuan sosial.

Salah seorang wakil organisasi, Darwin Fatir turut meluahkan rasa syukur dan menghargai sifat prihatin yang ditunjukkan oleh Yasmin dalam mengekang wabak tersebut.

“Ini patut diberi penghargaan. Yasmin di usia yang sangat muda sudah mengambil berat mengenai kemanusiaan. Kami sangat  bangga serta berterima kasih atas sumbangan yang diberikan,” katanya.

Sumber : Tribun News

Continue Reading
Advertisement

Trending