Connect with us

Cute

Siap Pakai Reben, Kucing Hitam Comel Jadi Penyambut Tetamu Stesen Minyak

Kucing sememangnya satu haiwan yang menjadi hiburan kepada manusia yang sukakan si comel tersebut. Kerenah-kerenah lucunya bukan sahaja mencuit hati, malahan boleh mengurangkan stress.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, dia telah memuat naik gambar seekor kucing hitam yang berdiri di depan kedai serbaneka pam minyak.

Jadi penyambut tetamu

Kucing tersebut turut memakai reben di leher dan begitu manja apabila pelanggan mendekati pintu masuk kedai serbaneka tersebut.

Nama dia Hei!

Pengguna Twitter tersebut juga sempat berseloroh dengan memberikan rating servis perkhidmatan yang diberikan oleh si comel itu 10/10.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 22 ribu RT di Twitter turut menarik minat warganet meninggalkan komen ceria di posting itu.

Datang nak tegnok dia je

Please naikkan pangkat dia

Sanggup pusing jauh semata2 nak jumpa kucing tu

Sumber : Qayzr

Continue Reading
Advertisement

Trending