Connect with us

WTF

Siap Buat Kad Aturcara, Pakwe Mahu ‘First Date’ Dengan Kekasih Lebih Berharga

Sesiapa sahaja pastinya akan berasa gementar tatkala di hari pertemuan pertama mereka bersama kekasih hati. Maklumlah, selama ini hanya bersua menerusi atas talian dan telefon pintar sahaja.

Sudah tentu, pertemuan pertama tersebut mahu segala-galanya berjalan dengan lancar kerana mahu memberikan tanggapan yang bagus terhadap si dia. Segala planning sudah disediakan agar hari yang dinanti tidak akan terbuang begitu sahaja.

Temu janji pertama dirancang dengan baik!

Seorang lelaki berjaya menarik perhatian pengguna Twitter dengan usahanya yang mahukan temu janji pertama dengan kekasih hatinya berjalan dengan lancar. Lebih mengagumkan, lelaki ini turut menyediakan kad aturcara untuk pertemuan pertama mereka.

A+ untuk usaha tersebut!

Sudah tentunya, perkara yang diusahakan oleh lelaki berkenaan semasa first date bersama kekasihnya menjadi topik hangat di ruangan komen. Bahkan, ramai yang berkongsikan pengalaman percintaan bersama pasangan masing-masing.

Tentative dirancang dengan baik!

Tolong buat macam ni jugak

Setiap individu tidak sama usaha mereka untuk melaksanakan sesuatu benda. Tak salah jika melebih sedikit untuk bahagiakan orang yang tersayang. Selamat mencuba idea bernas ini!

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending