Connect with us

Inspirasi

Setanding Dunia! Ahli Gusti Berhijab Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30

Ahli gusti profesional Malaysia yang dikenali sebagai ‘Phoenix’ atau nama sebenar Nor Diana telah berjaya tersenarai dalam Forbes 30 under 30 Asia 2020 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada sukan tersebut.

Nor Diana telah menarik perhatian di seluruh dunia setelah menjadi wanita pertama berhijab yang memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) Julai tahun lalu.

Individu dalam senarai Forbes itu mewakili dari 22 negara dan wilayah rantau Asia Pasifik yang mencalonkan kira-kira 3,500 pencalonan. Forbes memuji Nor Diana kerana berjaya membuktikan bahawa wanita juga boleh menyertai sukan berkenaan.

“Walaupun dia mendapat kritikan daripada komuniti Malaysia kerana bergusti dan pakaian kostumnya yang ketat namun penglibatan Nor dalam sukan telah menarik minat wanita muda dalam wrestling di Malaysia,” kata pihak Forbes.

Dalam temubual tahun lalu, Nor Diana mengatakan dia berminat dalam sukan itu setelah mendapat inspirasi daripada rancangan World Wrestling Entertainment (WWE).

Nor Diana mengatakan dia percaya bahawa boleh menggunakan imejnya untuk memecahkan stereotaip dan berharap satu hari nanti ramai akan mengenali bakatnya sebagai ahli gusti dan bukan kerana tudung yang dipakai.

Dia juga ingin memberi inspirasi kepada orang muda untuk menjadi diri mereka sendiri, berani dan tidak takut seperti dirinya ketika berada di dalam gelanggang perlawanan.

Continue Reading
Advertisement

Trending