Connect with us

WOW

Sesuka Hati Batal ‘Order’ Makanan, Hukuman Penjara Menanti Para Pelanggan

Terlibat dalam perkhidmatan runner ataupun penghantaran makanan bukanlah satu pekerjaan yang mudah seperti disangkakan. Lebih gerun lagi apabila para penghantar makanan berdepan dengan pelbagai risiko termasuklah dari segi keselamatan dan juga kerugian yang berganda.

Sudah banyak keluhan dan juga insiden yang dilaporkan di media sosial yang memaparkan nasib para rider ini sering kali diketepikan. Terlibat dalam kemalangan maut, pelanggan sengaja mencari masalah malah ada yang khianat dengan membatalkan pesanan saat akhir dan menyebabkan rider tersebut menanggung kerugian yang besar.

Disebabkan itu, kerajaan di Filipina telah merangka satu rang undang-undang yang bakal menyatakan bahawa para pelanggan yang segaja membakalkan pesanan pada saat akhir, bakal menerima hukuman penjara selama enam tahun.

Rancangan ini dilakukan kerana negara itu menerima permintaan yang tinggi dalam sektor perkhidmatan penghantaran makanan semenjak krisis COVID-19 melanda dunia. Semakin tinggi perkhidmatan digunakan, semakin banyak kes-kes seperti pembatalan saat akhir pesanan yang diterima.

Kebanyakan kes seperti ini dilaporkan kes khianat yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Jadi, Dewan Perwakilan setempat telah mengusulkan Rang Undang-Undang Perlindungan Makanan dan Barang Bekalan.

Oleh itu, mereka yang berniat untuk menipu dan menganiaya penghantar makanan bakal berhadapan dengan tindakan penjara hingga enam tahun atau denda 100,000 peso yang bersamaan RM8,500.

Sumber: The Vocket.

Continue Reading
Advertisement

Trending