Connect with us

Detik

Serpihan Termasuk Sejadah Dipercayai Milik Kapal Selam Indonesia Ditemui

Indonesia hari ini melaporkan pihaknya menemui serpihan dan beberapa barangan di atas permukaan sekitar kawasan pencarian dipercayai daripada kapal selam KRI Nanggala 402.

Menurut laporan CNN Indonesia, Panglima Angkatan Laut Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto berkata, kapal buatan Jerman itu dipercayai menuju fasa tenggelam selain terdapat kesan tumpahan minyak.

“Awal pagi tadi, bekalan oksigen melepasi anggaran ketahanannya selepas lebih 72 jam,” katanya pada satu sidang media di Bali pada petang Sabtu.

Memetik laporan Tribun News pula, antara barangan yang ditemukan adalah pembungkus paip pendingin, botol berisi cecair oren iaitu pelincir periskop, alas yang dipakai untuk solat serta beberapa lagi barangan lain.

“Kita menemui beberapa kepingan dan barang di sekitar lokasi terakhir kapal selam. Barangan itu tidak akan terkeluar jika tiada tekanan luar atau keretakan,” ujarnya.

Terdahulu, kapal selam yang hilang bersama 53 kru itu menjalani misi latihan ketenteraan menggunakan torpedo di perairan Bali sebelum terputus hubungan tidak lama kemudian.

Sumber: CNN Indonesia , Tribun News

Continue Reading
Advertisement

Trending