Connect with us

Infozon

Sering terkena buasir? Pegawai perubatan ini kongsi cara rawatan

Mendengar penyakit buasir atau hemorrhoid, ramai yang malu untuk berbincang secara terbuka. Mungkin ia berkaitan dengan bahagian kawasan yang sensitif iaitu, jubur.

Namun, penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia akibat gaya hidup atau pemakanan.

Tetapi mungkin orang ramai tidak didedahkan lagi bagaimana untuk mengelakkan daripada menghidapi penyakit ini.

Justeru, seorang Pengamal Perubatan, Kamarul Ariffin tampil memberitahu kepada orang ramai tentang penyakit ini menerusi akaun Twitternya yang menggunakan nama @dr_chaku dengan soalan yang sering  ditanya oleh pesakit.

Antara faktor lain…

Selain itu, organ dalaman dan bahagian abdomen yang mempunyai lebihan lemak serta berdiri terlalu lama adalah antara penyebab menghidapi penyakit buasir.

Boleh cuba rawatan di rumah terlebih dahulu…

Selain itu, beliau juga menasihati pesakit agar membuat rawatan di rumah terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan doktor.

Antara rawatan yang boleh dipraktikkan di rumah adalah mandi air suam, duduk di dalam besen yang dipenuhi dengan ais batu atau dapatkan ubat tahan sakit dan sapuan di farmasi.

Jumpa doktor jika perlu….

Namun, jika pesakit tersebut mengalami pendarahn pada bahagian jubur, Dr Kamarul meminta pesakit berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kerana takut jika pesakit menghidapi penyakit yang serius seperti kanser usus.

Ada rawatan lain ke?

Tambahnya lagi, jika penyakit ini sering menyerang seseorang individu, masih terdapat lima alternatif lain untuk merawat selain menyapu ubat sapuan di bahagian permukaan jubur.

Antaranya adalah memasang gelung getah kecil di bahagian pangkal buasir untuk menghentikan aliran darah serta mengecutkan buasir tersebut.

Sumber : Dr Kamarul Ariffin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending